Hanya tinggal lebih kurang 35
hari lagi kita akan bergerak ke tahun 2014 meninggalkan tahun 2013 .
Kebiasaannya topik begini akan
dibincangkan para teman-teman , mahupun di program TV atau pun di dalam radio –
radio dalam Malaysia pada hujung dalam sehari dua sebelum masuk tahun baru.
Mesti orang Malaysia akan berkongsi dan bercakap apa yang mereka telah capai
dalam hidup mereka . Namun jarang-jarang mereka cakap apa yang mereka tidak
capai untuk tahun ini . Kebiasaannya kita simpan dalam hati . Kepada mereka
yang telah mencapai azam atau sasaran mereka , penulis ucapkan tahniah . Kepada yang belum
tercapai azam mereka , perkemaskini langkah , baiki kekurangan diri , dan
bangun semula dengan lebih kuat , segar untuk mencapai apa yang kita sasarkan
pada tahun hadapan .
Antara jenis-jenis azam yang
biasa kita dengar seperti , menabung , mencari kerja lebih baik , menyambung
pelajaran , berkahwin , memulakan suatu perniagaan , ingin mendapatkan pangkat
yang lebih baik dalam kerjaya dan lain-lain . Tetapi kebiasaannya antara yang
paling biasa kita dengar ialah “
Azam aku pada tahun hadapan ialah ingin menjadi seorang yang lebih baik lagi”. Sama seperti penulis yang
memberitahu pada diri sendiri apa yang ingin di azamkan pada tahun hadapan . Macam
sekarang , penulis berazam pada dua minggu lepas untuk aktif semula dalam dunia
blogging ini tanpa ada rasa jemu , rasa penat dan terus bermotivasi . Menulis dan
terus menulis berkongsi apa jua hal , mengenai pengalaman dalam hidup , ilmu
yang dikutip , tips , melontarkan idea , pandangan dan apa-apa sahaja . Dunia
blog bukanlah seperti diari yang tulis dalam buku kemudian kita sorokkan agar
itu menjadi rahsia peribadi .( Penulis pun pernah tulis diari hidup dalam buku
semasa sekolah dulu ) . Jadi kelebihan menulis suatu catatan peribadi itu sudah
ada.Cuma bagaimana kita hendak menggayakan sesuatu penulisan itu di dalam blog agar
mampu menarik minat pembaca , membaca catatan itu . Apabila penulis mula berblogging semula , penulis
sentiasa melungsuri blog – blog yang sudah kuat dan ada nama , ia seperti ada
satu cabaran dalam diri penulis. Bagaimana
hendak menjadikan blog AMBEK KISAH APE ADA HAL ini serupa dengan blog- blog
yang hebat , yang menjana pendapatan , yang mempunyai ramai pengikut . yang
boleh menjadi mentor , membuka akademi blog dan lain-lain .
Jadi , untuk azam penulis tahun hadapan , penulis telah
pun bermula dari dua minggu yang lepas . Apa azam penulis ? Menjadikan blog
AMBEK KISAH APE ADA HAL ini sebagai salah satu blog yang popular di Malaysia ? Ishh..Jauh
lagi . Tapi , In Shaa Allah . KERJA KERAS , MENGIKUT PANDUAN YANG BETUL
,MEMATUHI ETIKA dan memperbanyakkan bacaan untuk bahan atau idea dalam blog .
P/S : Terima kasih yang menyokong atau yang baru hendak
menyokong kewujudan blog ini .
7 comments:
dulu dulu masa muda2 rajin lah pasal azam azam ni
salah satu dah berjaya cuma ada 2 perkara yang tak done huhu..
puteri jarang ada azam tahun baru..sebab pada puteri bila-bila pun kita boleh berazam tak perlu tunggu tahun baru :)
tahun 2013 ni byk percutian family kecik sy..moga tahun hadapan byk lg perubahan ke arah kebaikan bt diri saya
Azam saya mahu menaikkan jenama Blooggers ;)
kahwin. hahahaha itu azam tahun 2013. tapi macam tak tercapai aje. dah 1213 dah, tapi calon pun tak de lagi.
hahahahaha
Salam, baru baca blog tuan dan berminat nak sokong blog tuan ni sebab banyak info semasa dalam ni.
Post a Comment