21 April 2014

Bau Ketiak Lelaki Mampu Menjadi Penawar Stress Wanita ?

Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh Bahagian Biologi Manusia Universiti Pennsylvania telah membuktikan bahawa peluh lelaki dapat membantu kaum wanita menurunkan TEKANAN SERTA MELANCARKAN PERJALANAN HAID.Dalam laporan Jurnal Biology Of Reproduction America,sebelum ini , bau ketiak lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh tergoda dengan bau lawan sejenisnya .Dalam kajian yang dilakukan ,wangian semulajadi itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 tahun dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.Enam jam pertama selepas itu ,skala mood wanita yang disapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.Hasilnya sungguh memeranjatkan.Selain boleh menceriakan mood ,aura ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang berasa tekanan.


Kajian di atas itu hanyalah sebuah kajian ilmiah sahaja dari Universiti berkenaan.Kita pun tidak tahu bagaimana Method dan asas kajian itu dilaksanakan.Mungkin ian benar untuk sebahagian atau mungkin tidak.Kalau dah bau ketiak masam sebab terlalu banyak berpeluh disebabkan aktiviti fizikal yang optimum seperti bermain bola sepak dan badminton atau berkebun,diri sendiri pun tidak berasa selesa.Inikan pula hendak suruh wanita cium bau ketiak.Walau bagaimanapun kalau diikutkan pengalaman sebagai seorang suami ( ehemm..ehemm ) seorang isteri suka kepada bau badan seorang suami yang sederhana sahaja.Letak bedak talkum tu pun dah cukup ok.Sapukan sikit deodoran dah ler.Oleh demikian pastikan anda pembaca blog menjaga penampilan dan kebersihan diri bagi meningkatkan aura positif selain dari bau badan anda.

P/s : So how you Axilla odor?

9 comments:

hafizmd said...

kalau sudah bau masam macam yg selalu dibaui ketika balik kerja dlm train..bukan menaikkan mood

nak muntah adalah kot..hehehe

Entri Popular said...

ada yang tak tahan dengan bau badan lelaki kerana terlalu keras dan pekat


Diana Rashid said...

sebenarnya lebih kepada bau badan.bau pewangi yang dia pakai..heheh..bukan lah bau ketiak..hehe..itu saya la..orang lain tak tahu la kan..mana tau kot2 memang ada yang suka bau ketiak suami...

Faizal Fredley said...

wohaaa...untunglah bini yg dpt laki bau badan kuat...hehheh

puteri kasih said...

uik ada ke orang yang suka bau ketiak? hehehe

fir'z said...

Saya suka bau ketiak gugurl...nak lak lau kai satin o kain kilat licin tu..:)

fir'z said...

Saya suka bau ketiak gugurl...nak lak lau kai satin o kain kilat licin tu..:)

Farha said...

Bau dalam trem dan LRT lain la... lagi nak tutup hidung ade lah. Hensem dah lawa pon x kena dah kalau bau lain macam.

suhailey said...

erk, betul ke kajian tu? kalau bau badan baby tu logik la kan