28 September 2014

Bacaan Yassin Mingguan

Setiap minggu,iaitu pd hari Jumaat mlm Sabtu , bacaan Yassin berserta doa selamat diadakan mengikut ketetapan di dalam jadual yang disediakan.Aktiviti keagamaan ini memang menjadi salah satu program utama pd setiap tahun di taman di mana tempat yg aku bermastautin sekarang ini.Aktiviti ini diadakan di rumah penduduk di mana mereka merupakan ahli persatuan kebajikan penduduk taman ini. Kebiasaannya ia dilaksanakan selepas solat waktu Isyak.Majlis ini diketuai seorang imam dan juga penduduk-penduduk taman ini juga.Program ini tidak menjadi 1 kewajipan pada semua penduduk taman.Ia terserah pada penduduk samaada mahu menyertainya atau tidak.Kebiasaannya juga penduduk hanya menyertai majlis ini hanya sekali/setahun sahaja.Namun setakat ini Alhamdulillah,program sedemikian masih lagi mendapat sokongan penduduk taman ini.Bagi aku ia merupakan antara 1 program yg bermanfaat.
Antara manfaat yg boleh didapati daripada majlis sebegini ialah:

1.Penduduk mengenali jiran sekeluarga antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi.


2.Muafakatnya dari segi gotong royong sebelum semasa dan selepas majlis ini terutama kpd wanita lebih kuat,mesra dan kukuh kerana mereka akan masak bersama-sama .


3.Menjadi medan pertemuan dalam membincangkan sesuatu hal,isu dan perkara lain seperti mengadakan kenduri kahwin kerana semua penduduk yg menghadirinya boleh duduk sama mendengar dan berbincang.


4.Tuan rumah dapat menjamu selera kepada tetamu dengan juadah sedap yang disediakan

5.Dapat mengetahui perkembangan program lain yg dirancangkan untuk taman ini.

Bagaimanakah aktiviti keagamaan yang dilaksanakan di tempat anda?Tentu menarik untuk dikongsikan.

Di salah sebuah rumah penduduk Taman Mewah yang sangat aku kenali dari dulu lagi.
Rumah besannya sebelah rumah dia aja :)

2 comments:

JMR said...

jarang ada aktivit sebegini kt tempat lain..

Unknown said...

Bagusnya kejiranan kat sini....rumah akak kat ksmpungpun sama setiap minggu ada bacaan yasin rumah ke rumah..tapi..rumah kat shah alam ni..xade le..jumaat..semua org bz..