19 May 2016

Pemain Era Alex Ferguson 2012/2013

Setelah Sir Alex Ferguson bersara dengan penuh kebanggaan, kemasyhuran dan kegemilangan, David Moyes telah mengambil alih kejurulatihan pasukan Manchester United bermula musim 2013/2014. Langkah pertama yang telah dilakukan oleh David Moyes ialah menukar semua staf kejurulatihan lama. Ini termasuklah penolong jurulatih Rene Meunlesteen dari Belanda dan Mike Phelan dari England. Jurulatih penjaga gol Eric Steele turul mengangkat kaki keluar mencari kelab baru yang memerlukan khidmat beliau. David Moyes telah memasukkan rejim staffnya dari Everton termasuklah bekas pemain Manchester United Phil Neville. Apabila David  Moyes memulakan tugasnya, beliau turut membawa masuk Fellaini ( si rambut afro ) ke dalam skuad Red Devils kerana yakin dengan kemampuan pemain itu untuk menyesuaikan diri di dalam skuad kendalian barunya. Bermulalah era David Moyes di mana nama beliaulah yang dicadangkan oleh Alex Ferguson sendiri ke Lembaga Pengarah bagi menggantikan beliau. Pada masa itu terdapat juga desas – desus nama jurulatih lain yang dikaitkan untuk melatih Red Devils. Selepas itu bermulalah pemain keluar masuk di dalam kem Manchester United ini.






Berikut adalah pemain-pemain yang telah keluar dari Manchester United bermula dari era David Moyes sehinggalah era Louis Van Gaal. Ramai pemain muda terutama dari akademi Manchester United keluar mencari kelab baru kerana mereka merasakan pengurusan baru tidak menyerapkan mereka sebagai pasukan kebelasan utama. Jadi bagaimana mereka hendak menunjukkan prestasi dan kemampuan sendiri sekiranya tidak diberikan peluang bermain di kesebelasan utama?  Walau bagaimanapun, kita harus mengakui dan bersetuju setiap jurulatih baru mempunyai hala tuju dan falsafah bola sepak yang tersendiri.

sumber dari www.worldfootball.net dan wikipedia
Seramai 21 pemain Manchester United yang telah keluar dari kelab sama ada berpindah ke kelab ataupun menggantung but sepenuhnya. Ryan Giggs merupakan penolong jurulatih Louis Van Gaal merupakan individu paling lama masih berkhidmat di kelab ternama ini. Beliau adalah salah seorang pemain dari Akademi Manchester United bermula 1987 bersama dengan Gary Neville, Paul Scholes dan David Beckham yang membantu kelab Man.United menggondol trofi EPL beberapa kali.

No comments: