17 January 2017

Filem Miss peregrine's home for peculiar children

Hujung minggu yang bersambung dengan cuti sempena perayaan Krismas membolehkan aku meluangkan masa untuk menonton filem Miss Pregrine’s Home Peculiar Children di saluran Astro Best Ia merupakan filem penutup aku tonton sebelum tahun 2016 berakhir . Filem ini salah satu genre yang sangat aku minati untuk menontonnya malahan isteri pun sangat menyukainya untuk menonton filem  bergenre fantasi ini.







Sinopsis:
Jake atau Jacob Portman seorang budak naïf (mungkin) yang tinggal di Florida merupakan cucu kesayangan datuknya yang dikenali sebagai Abe. Semasa Jake kecil, datuknya membacakan buku cerita mengenai kisah anak-anak yatim yang mempunyai kuasa yang aneh. Cerita-cerita datuknya begitu terkesan dalam fikiran Jake sehingga Jake bersekolah. Di sekolah, Jake diejek oleh rakan-rakannya kerana mempercayai cerita datuknya itu termasuklah gurunya yang mengatakan cerita itu mengarut dan ianya sebuah rekaan sahaja. Sejak dari itu Jake tidak mempercayainya cerita datuknya sehingglah datuknya mati dibunuh. Sebelum Abe menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Jake, Abe berpesan pada Jake supaya mencari Miss Peregrine’s, pengetua  rumah anak yatim di sebuah pulau di Wales. Selepas kematian Abe, fikiran Jack seperti terganggu sehingga ibu bapanya terpaksa merujuk Jack ke psikatrik kerana trauma apa yang berlaku ke atas datuknya. Akhirnya Jack mengambil keputusan untuk merungkaikan apakah misteri yang berlaku kepada Abe dan kaitan cerita datuknya serta bagaimanakah Miss Peregerine’s membantu Jake mencari jawapan bagi dirinya. Jake mengajak ayahnya untuk bercuti di pulau tersebut. Di situlah pengembaraan Jake akan bermula
Pada awal penceritaan filem ini ia tidak membosankan malah perasaan ingin tahu membuak-buak dan aku fokus menonton filem ini mengikut plot – plotnya.
Untuk memahami jalan cerita ini, lebih baik kita mengenali watak-watak yang dilakonkan dalam filem ini.

1    1.   Jack  - seorang budak naïf yang tak tahu bahawa dia ada kuasa aneh boleh melihat raksasa Hollow.


2.   Miss Peregrine – Pengetua rumah anak yatim, juga dikenali sebagai Ymbryne yang boleh bertukar menjadi burung serta mampu memutarkan kembali masa 24 jam.

3.  Emma Bloom – Gadis terapung kerana lebih ringan dari udara.Kena pakai kasut buatan plumbum atau diikat dengan tali pada badan supaya tidak terapung melayang. Emma juga mempunyai kuasa untuk mengawal udara. Sebab itu tempat persembunyiannya di dalam kapal laut yang telah karam.

4.   Olive – Seorang gadis yang mempunyai kuasa menghasilkan api dari tangan kirinya. Olive sentiasa bersama dengan rakannya yang dikenali Enoch.

5.  Enoch O’Connor – Kononnya ada kuasa boleh menghidupkan apa saja objek untuk dijadikan barang permainannya. Anda boleh tonton di mana Enoch boleh menghidupkan patung bayi dengan meletakkan jantung macam gitu aja. Dan seorang lelaki yang kuat cemburu.

6.  Barron – Seorang saintis yang mempunyai kuasa aneh membolehkan dia bertukar menyamar  menjadi orang lain. Contoh menjadi penulis buku mengenai burung dan doktor psikitrik. Watak  utama sebagai geng jahat untuk hidup kekal abadi dengan menangkap Ymbryne sebagai  eksperimen. Akhirnya En. Barron dan rakannya menjadi raksasa hollow. Untuk menjadi manusia  kembali, dia mesti makan mata anak-anak yatim yang mempunyai kuasa aneh juga.

7.   Millard – Dia ini kalau tidak pakai baju dan seluar, orang lain tidak nampak dia.

8.  Bronwyn – Budak kuat dan gagah perkasa macam badang walaupun baru berusia 6 tahun dan tidak banyak bercakap. Ada seorang abang bernama Victor yang kuat juga.

9.  The Twins – Lama betul aku tunggu ‘The Twins’ keluarkan kuasa aneh mereka sehingga filem ini hendak sampai ke penghujungnya. Rupanya dengan melihat wajah sebenar The Twins akan menyebabkan orang bertukar menjadi batu.

10. Horace Somnusson – Mimpi- mimpi Horace boleh menjadi ramalan apakah yang berlaku seterusnya kepada anak-anak yatim Miss Peregrine. Si Horace ini ‘smart’ orangnya dan fashionable. Boleh jadi tukang jahit terkenal kalau dia tiada kuasa aneh ni.

11. Abraham ‘Abe’ Portman – Abe sezaman dengan Miss Peregrine dan anak-anak yatim lain termasuk Emma. Disebabkan beliau ada kuasa aneh yang boleh melihat raksasa Hollow, Abe memburu hollow-hollow ini untuk dibunuh supaya Hollow ini tidak mengganggu manusia dan anak – anak yatim yang mempunyai kuasa aneh. Abe pencetus kepada persoalan – persoalan yang menyebabkan Jake menemui Miss Peregrine bersama yang lain. Abe bersara dari terus memburu raksasa ini bagi melindungi keluarganya terutama cucunya Jake dari buruan holow-hollow ini. Walau bagaimanapun Abe sentiasa berhubung dengan Miss Peregrine dan bertanya khabar tentang sahabatnya.

Scene – scene yang sedap ditonton.

Antara scene yang aku rasa best untuk ditonton ialah ketika Emma membawa Jake ke tempat persendiriannya di kapal yang karam di dasar lautan. Sebenarnya lagu latar scene itulah yang buat menarik hati untuk pegun di depan TV. Kita tahu itulah teknik GCI canggih, tetapi lagu latar itulah yang membuatkan sesebuah filem itu sedap ditonton. Selain itu scene lain yang menarik ialah ketika Barron di hembus oleh Emma ke dinding di hujung filem berkenaan. Barron ni jahat tetapi tak nampak macam kejam sangat dan watak yang dilakonkan oleh Samuel L Jackson ini jauh tersasar dari watak Kapten Fury dalam filem Marvel sebelum ini. Aku boleh bagi 5 bintang.

Siapa yang boleh menonton filem ini?

Semua orang boleh menonton filem ini bagi yang minat filem genre fantasi. Filem ini dikategorikan P13 kerana mempunyai unsur tahyul dan mengarut.Kanak-kanak boleh menonton tetapi perlu bimbingan oleh ibubapa. Anak-anak aku pun menonton sekali filem ini. Adalah juga pertanyaan dari anak aku tentang filem ini. Mereka tonton sahaja, sebab mereka tidak faham bahasanya. Nak baca sarikata pun tak pandai lagi. Jadi kita kenalah bersedia dengan jawapan yang jujur mengenai apa sahaja soalan yang dikemukakan oleh anak-anak kita. Jawapan kepada anak biarlah mudah untuk difahami oleh anak. Menonton filem ini kita kenalah relaks.

Rumusan.
Aku menonton filem ini melalui Astro Best. Oleh demikian dalam setengah hari adalah banyak kali repeat filem ini. Aku buat kerja sambil tonton filem ini. Anak-anak pun tonton filem ini banyak kali tapi tiadalah sampai pegun duduk depan tv sampai benda lain mereka tak buat. Jadi, filem ini boleh ditonton banyak kali rasanya. Untuk rating bintang aku boleh bagi 5/5 bintang.

Fakta : Di penghujung filem berkenaan, dimaklumkan dengan pembikinan filem ini telah menyediakan 15000 kerja kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam filem ini. Huh power.

No comments: